Suspek Membuka Seluar Dan Menggosok ……… Ini Reaksi Orang Awam Ketika Melihat Kelakuan Tidak Senonoh Itu!

EKSEKUTIF wanita berusia 25 tahun berdepan detik cemas apabila dicabul seorang lelaki sewaktu menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) dari Pasar Seni menghala ke Masjid Jamek Jalan Tun Perak, di sini, Khamis lalu.

Gambar Sekadar Hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang itu, mangsa bersama rakannya dihampiri suspek yang menyamar sebagai penumpang tren sama.

Sumber berkata, suspek didakwa bertindak membuka seluar dan menggosok kemaluannya ke arah mangsa secara mendadak.

“Susulan itu, mangsa menjerit meminta bantuan. Namun dia mendakwa orang awam yang berada di lokasi hanya tertawa melihat gelagat itu.

“Namun sewaktu petugas tren cuba membantu mangsa, suspek bertindak melarikan diri.

Susulan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee, pada jam 1.42 pagi, Jumaat lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Shaharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti dan mengesan suspek.

“Pihak polis juga turut menerima laporan daripada seorang wanita berusia 20 tahun yang mendakwa dicabul sewaktu berada di Stesen LRT Masjid Jamek, pada 7 petang, hari sama.

“Susulan itu, pihak polis sudah mendapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti identiti suspek.

“Kes berkenaan sudah dirujuk ke Bahagian Siasatan Seksual, Keganasan Rumahtangga dan Penderaan Kanak-Kanak (D11) untuk siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Kejadian turut tular di media sosial apabila mangsa dan rakan memuat naik status mengenai kejadian itu di laman Twitter serta memaklumkan kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad.

Untuk melihat video penuh pengakuan gadis tersebut sila klik gambar pada kotak dibawah dan masukkan pass (143)

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *