Mengejutkan!!..perubahan Perangai kakak ipar Terbongkar .. rupanya dia suka melakukan…

Dua kakak ipar sudah berkahwin. Walaupun bergelar kakak ipar, tetapi kakak kedua sebaya saya. Sudah berkahwin dan ada dua orang anak. Sementara kakak pertama ada tiga orang anak yang sudah remaja. Oleh sebab kami tinggal berjauhan, maka sudah pasti hubungan kami baik, kerana saya pun tidak ambil tahu tentang masalah mereka.

“Nak dijadikan cerita lebih setahun lalu, saya melihat perubahan hidup kakak kedua yang saya namakan Nora. Saya lihat dia semakin bergaya bukan setakat berpakaian, sebaliknya, tudung dan lebih jelas potongan badan sudah semakin mengecil, dan wajah semakin gebu, cerah dan bergaya sakan. Sudah lama saya hendak tanya, tetapi tak berani, sebab mulutnya boleh tahan, kalau silap cakap pasti kena smash. Saya hanya pandang dan diam sahaja.

“Tetapi ketika majlis pertunangan adik ipar saya Jue, lepas raya tahun lalu tentulah ramai sanak saudara datang sama-sama meraikan majlis, maklum anak perempuan bongsu emak mentua saya. Ketika itulah saya terdengar beberapa orang saudara mara mentua saya turut terkejut dan memuji kecantikan Nora.

“Kalaupun ada sepupu sepapat takut menegur Nora tetapi makcik (Acik) Mah memang berani bertanya, Nora jawab juga, sambil menjawab Nora menyindir sepupu lain, kata Nora “Ha! Tahu pun memuji! Tahu pun aku cantik kan? Tapi cantik ini bukan percuma tau! Banyak duit laki aku labur supaya aku cantik tau! Hah! Kalau nak cantik aku boleh ajar? Acik Mah pun boleh cantik! taklah sampai tembam macam tu! Bila dah cantik, ramai duda masuk meminang

Sepupu yang lain terdiam, tetapi Acik Mah yang laser juga mulutnya, terus berkata. “Allah! Buat apa cantik Nora? Lebih baik aku melabur tambah saham akhirat, daripada melabur buat dosa? Terkedu orang lain mendengar jawapan Acik Mah. Tapi Nora menjawab. “Allah Acik Mah! Saya ajar orang cantik dapat juga pahala, rumah tangga mereka aman, suami gembira. Daripada Acik Mah duduk rumah, tetapi mengumpat. Mengumpat tu berdosa tau?” kata Nora berlalu.

“Saya yang mendengar tak tahu hujung pangkal, terdiam. Tetapi sepupu lain berbisik-bisik. Fikir saya setakat itulah cerita petang tu berakhir. Tetapi malamnya setelah semua tetamu pulang, Nora naik angin dia terus ajak suaminya pulang. Walaupun rumahnya kurang lebih 15 km dari rumah mentua. Dia hot hari tu, langsung tak bantu bersihkan rumah, sebaliknya berbual dengan kawan rapatnya yang hadir sama. Kawannya juga cantik bergaya.

“Tak tahulah siapa tiru siapa, tetapi fesyen jubah mereka memang up-to-date. Katanya jubah, tetapi macam gaun malam, ramping dipinggang, ketat di dada dan di tangan. Tudung berbelit berbunga tak usah ceritalah.

“Kalau dilihat daripada gaya berpakaian Nora memang mewah. Tetapi peliknya suami Nora bukan bergaji besar. Tetapi kata mak mentua, Nora rajin berniaga jual pakaian dan barangan make-up sebab tu dia banyak duit dan kena bergaya. Katanya lagi, Nora kerap melancong ke luar negara, beli kain untuk buat pakaian dan tudung. Kawannya juga pandai menjahit, mereka rakan kongsi, kira-kira gitu kata mentua saya.Terbongkar

video penuh di privatekan kerana ada unsur 18sx.klik kotak di bawah untuk video penuh.

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *