Angkara Iphone8 Sanggup Jual Dara.Mana maruah Diri??

WALAUPUN harganya agak tidak masuk akal, namun itu tidak menjadi penghalang bagi sesetengah remaja di China yang kini semakin ‘gilakan’ telefon pintar iPhone.

Malah, baru-baru ini banyak diiklankan di negara itu mengenai khidmat penjualan dara oleh ramai remaja perempuan demi mendapatkan gajet canggih tersebut.

WALAUPUN harganya agak tidak masuk akal, namun itu tidak menjadi penghalang bagi sesetengah remaja di China yang kini semakin ‘gilakan’ telefon pintar iPhone.

Malah, baru-baru ini banyak diiklankan di negara itu mengenai khidmat penjualan dara oleh ramai remaja perempuan demi mendapatkan gajet canggih tersebut.

Menurut portal Next Shark kebanyakannya merupakan remaja yang memuat naik iklan dan mereka sanggup tidur ataupun melakukan hubungan seks dengan mana-mana lelaki adalah dalam golongan pelajar.

“Belikan iPhone 8 untuk saya dan awak boleh ‘main’ dengan saya selama tiga hari tanpa kondom” dan “Belikan iPhone X untuk saya dan awak boleh ‘bermalam’ dengan saya selama tiga hari.”

Prihatin dengan isu sosial itu, seorang vlogger terkenal di Beijing telah merancangkan sesuatu bagi memberi pengajaran kepada remaja yang bakal menjadi ‘mangsanya’.

Vlogger tersebut dikenali sebagai Nana telah mengesahkan kesahihan iklan yang semakin banyak di negara itu.

Nana popular di sana kerana sering membuat pendedahan berkaitan masalah sosial. Dia telah menghubungi seorang remaja yang dikenali sebagai Xiao Chen.

Gadis berusia 17 tahun itu memuatkan iklan yang mengatakan sanggup untuk menjual daranya dengar harga 20,000 yuan (kira-kira RM12,761)

Pada mulanya, Nana hanya menyamar menjadi seperti setiausaha kepada seorang lelaki kaya dan dia bertanggungjawab untuk bertemu dengan Xiao Chen.

Temubual secara rahsia itu bermula apabila Nana bertanyakan soalan mengenai sebab utama dia ingin menjual kesuciannya itu.

“Ramai kawan saya beli iPhone 8, membuatkan saya juga mahu memilikinya. Tetapi saya tiada duit. Saya dengar ada seorang pelajar perempuan di sekolah saya berjaya jual dara untuk amaun sama.

“Lagi pun, saya hanya baring saja di situ, kan? Saya cuma perlu bertahan sedikit dan selepas itu semuanya selesai dan saya terima 20,000 yuan.

“Kami berdua malah mendapat apa yang kami mahukan. Saya sudah fikir perkara ini masak-masak,” kata gadis itu lagi.

Walaupun terkejut dengan penjelasan remaja berkenaan, namum Nana tetap akan meneruskan rancangannya bagi memberikan pengajaran kepadanya.

Keesokan harinya, Xiao Chen telah ke sebuah hotel yang telah dimaklumkan oleh Nana sebagai lokasi di mana majikannya akan menunggu bagi upacara penyerahan dara demi iPhone itu.

Setibanya di hotel berkenaan, pasukan Nana telah memasang kamera di hadapan katil bagi merakamkan ‘aksi’ mereka. Xiao Chen juga telah diberi kotak berisi iPhone 8 yang dimahukan olehnya.

Namun, tanpa disedari, ‘majikan’ tersebut telah memanggil dua lagi rakannya yang berada di dalam bilik air bagi menyertai mereka dan seorang lagi akan merakamkan dengan lebih jelas.
Walau bagaimanapun, Nana telah mengambil keputusan untuk menamatkan lakonan itu apabila Xiao Chen sudah menangis ketakutan.

Gadis itu terkejut kerana melihat Nana dan dia juga telah dimarahi kerana perbuatannya yang pendek akal itu akan membuatkan masa depannya musnah jika kejadian itu benar-benar terjadi.

Vlogger itu kemudian menyuruh kesemua pelakon lelaki berkenaan keluar dari bilik untuk dia bercakap secara peribadi bersama gadis tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Nana ini sepatutnya dijadikan pengajaran oleh para anak gadis di Malaysia. Dalam tak sedar, sebenarnya perkara seperti ini juga ada berlaku di negara kita. Cuma antara kita sedar atau tidak sahaja.

Ada sesetengah pelajar sekolah di sini sanggup menyerahkan diri kepada lelaki yang tak dikenali demi mendapatkan apa yang mereka hajati tanpa memikir kesan sampingan yang bakal terjadi.

Jadi, kepada anak gadis remaja di luar sana, jangan sesekali berfikiran pendek seperti ini hanya demi mendapatkan telefon bimbit iPhone atau apa sahaja barang kemahuan anda yang kononnya menjadi trend pada masa kini.

Jangan terlampau mahu ikutkan trend sampai rosakkan maruah diri sendiri pula

 

5 gambar dan video diprivatekan kerana ada unsur keterlalua.klik kotak dibawah untuk full video dan tggu 5 saat tanpa pass.

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *