ANGKARA GAME “C.O.C” SUAMIKU LALAI SEHINGGA TERLANJUUR!

Memang menjadi lumrah dalam rumahtangga bab pergaduhan.tetapi ini pergaduhan yang luar biasa yang melibatkan permainan yang tidak berasas.

Pada Oktober 2015, saya diuji dalam alam rumah tangga. Suami tersilap langkah dan dia berterus terang dnegan saya kerana tidak sampai hati menipu saya lagi.

Suami berlaku curang pada saya. Dia berkenalan dengan seorang perempuan dalam permainan Clash of Clan. Setelah sebulan berkenalan secara online, mereka berjumpa buat pertama kalinya mereka terlanjur.

Perempuan itu seorang guru tadika, janda anak dua. Menurut suami, perempuan itu yang mengajaknya ke rumah dan membuka pakaiannya sendiri. Selang dua hari mereka terlanjur, suami rasa tidak tenteram dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk berterus terang pada saya. Selain itu, dia juga telah memutuskan hubungan dengan perempuan berkenaan.

“Kenapa abang cari perempuan lain? Saya tak cukup ke bagi abang selama ini? Saya layan abang tak cukup baik ke?” soal saya pada dia.

“Tak, semuanya cukup. Abang mengaku abang tersilap langkah,” jawabnya.

Hari itu, hati saya terasa hancur berkecai. Saya minta suami lepaskan saya tetapi dia tidak mahu berbuat demikian dan merayu agar memberikannya peluang kedua.

“Kalau abang boleh putarkan masa, abang takkan buat perkara itu. Tetapi tak boleh,” dia merayu dan menangis di depan saya.

“Abang lepaskan saja saya,” saya ulang sekali lagi dan dia merayu berkali-kali.

“Kalau tak nak maafkan abang, tak apa. Tetapi jangan tinggalkan abang. Fikirlah demi anak,” katanya.

Akhirnya saya memberi suami peluang kedua sebab saya sayangkan dia dan keluarga saya. Hari demi hari, setiap malam saya menitiskan air mata.

Selang beberapa minggu kemudian, janda itu menghubungi suami saya dan meminta maaf. Katanya, dia tidak akan menganggu rumah tangga kami lagi. Suami pula mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon baru dan berhenti main COC. Dia berjanji mahu menebus kesilapannya pada saya.

Sekarang, hampir 6 bulan telah berlalu. Mustahil saya akan melupakan peristiwa itu. Bila saya teringat, saya akan menangis. Saya cuba menerima dan redha serta anggap semua ini sebagai dugaan.Saya selalu berdoa andainya Allah sudah menetapkan ini ujian untuk diri saya, saya mohon diberikan kekuatan untuk menghadapinya. Saya anggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, saya juga selalu meminta maaf pada suami andainya terkurang daripada saya dan pernah meminta suami melepaskan saya. Saya sayangkan awak wahai suamiku dan saya sayangkan keluarga kita.

klik gambar kotak dibawah untuk lihat dan tunggu beberapa saat dengan pass 1234

Sharing is caring!

Comments

comments

admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *